Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 melepasi paras 4,000 hari ini dengan mencatatkan sebanyak 4,066 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,840,225 kes.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan kes baharu jangkitan Covid-19 di negara ini berada di bawah paras 4,000 dengan 3,214 kes sahaja direkodkan.

Malah, perkembangan sama itu turut dimaklumkan kelmarin apabila jangkitan baharu hanya sekitar 3,856 kes. – MalaysiaGazette