Petugas Unit Forensik membawa masuk mayat ke dalam kontena kadaverik 'freezer' berikutan peningkatan kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam.

Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan tiga kematian berlaku di luar hospital.

Dengan pertambahan itu, angka kumulatif kematian akibat pandemik kini mencecah angka 31,918.

Selangor mencatatkan enam kes kematian, diikuti Sabah sebanyak tiga kes.

Manakala Kuala Lumpur, Johor dan Perak pula dua kes dan satu di Pahang.

Jumlah kes kumulatif Covid-19 di seluruh negara kini sebanyak 2,840,225.

Sebanyak 45,699 kes Covid-19 masih aktif dengan 131 kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu 65 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast