MGNews: CEO Didakwa Beri Rasuah

Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat penyedia perkhidmatan kandungan komunikasi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 26 pertuduhan memberi suapan kepada seorang pegawai perkhidmatan syarikat telekomunikasi berjumlah RM90,000 antara 2014 hingga 2016.

Tertuduh, Lim Eng Hoong, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua 26 pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.