KUALA LUMPUR –  Seorang lelaki maut apabila dipercayai terjatuh dari tingkat 4 ruangan lif di sebuah pusat membeli belah,Viva Home Shopping Mall, di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur (PGOKL), setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa lelaki dewasa berumur 33 tahun telah berada di tingkat bawah (B2) dalam ruangan lif pusat membeli belah berkenaan.

“Pihak KKM (Kementerian Kesihatan) mengesahkan mangsa telah
meninggal dunia dan maklumat daripada pihak maintenance mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 4,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan bantuan BBP Hang Tuah dengan kekuatan anggota seramai 14 pegawai bomba lain-lain pangkat ke kerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai perkara tersebut.

‘Tambahnya, pasukan bomba menggunakan peralatan
basket stretcher dan tali untuk menarik dan mengeluarkan mangsa daripada lubang lift berkenaan yang dianggarkan berkedalaman 6 kaki dari pintu lift basement 2.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, ujarnya.  – MalaysiaGazette