COLUMBUS – Seramai 11 orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, dimasukkan ke hospital malam tadi berikutan insiden pembebasan gas karbon monoksida berhampiran kolam renang di sebuah hotel, di Ohio, Amerika Syarikat
Bangunan Hampton Inn di Marysville, berhampiran Columbus, dikosongkan, lapor The Columbus Dispatch.
Menurut wartawan Jonathon Jackson dari WCMH-TV, hospital Memorial di Marysville di Columbus dilaporkan telah menerima 11 pesakit dan daripada jumlah itu lima individu adalah dewasa manakala enam lagi kanak-kanak.
“Dua daripada pesakit itu stabil dan pulih, lima masih dalam keadaan serius, dan empat telah dirawat dan dibenarkan pulang,” kata, beliau menerusi akaun Twitter.
Sementara itu, sumber karbon monoksida tidak jelas, tetapi mereka yang terjejas didapati berada di kawasan kolam renang kata Ketua bomba Marysville, Jay Riley.
Beliau, tidak dapat mendedahkan umur mangsa, tetapi mengesahkan bahawa dua orang dewasa dan kanak-kanak terlibat. – Fox News
https://www.foxnews.com/us/marysville-hotel-carbon-monoxide-incident-sends-9-to-hospital-including-2-year-old-report