Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak naik 1 peratus pada Isnin, berlegar menghampiri paras tertinggi 7 tahun pada sesi sebelumnya, di tengah-tengah kebimbangan mengenai bekalan yang ketat serta ketegangan geopolitik di Eropah Timur dan Timur Tengah.

Minyak mentah Brent naik AS$0.92 atau 1.0 peratus kepada AS$90.95 setong pada 0051 GMT, selepas menokok AS$0.69 pada hari Jumaat.

Kontrak bulan hadapan untuk penghantaran Mac akan tamat pada hari itu.

Kontrak Brent paling aktif, untuk penghantaran April, didagangkan pada AS$89.69, naik AS$1.17 atau 1.3 peratus.

Minyak mentah West Texas Intermediate A.S. naik AS$0.99 atau 1.1 peratus, kepada AS$87.81 setong, setelah naik AS$0.21 pada Jumaat.

Kedua-dua penanda aras mencatatkan rekod tertinggi sejak Oktober 2014 pada hari Jumaat, masing-masing AS$91.70 dan AS$88.84 dan keuntungan mingguan keenam berturut-turut.

“Kebimbangan yang mendasari kekurangan bekalan global, ditambah pula dengan risiko geopolitik yang berterusan menyebabkan pasaran memulakan minggu ini dengan kukuh.

“Dengan jangkaan bahawa OPEC+ akan mengekalkan dasar sedia ada iaitu peningkatan pengeluaran secara beransur-ansur, harga minyak berkemungkinan kekal pada sentimen kenaikan harga minggu ini,” kata Toshitaka Tazawa, Penganalisis di Fujitomi Securities Co Ltd.

Beliau turut meramalkan Brent kekal di atas AS$90 setong dan WTI menuju ke arah AS$90 setong. – Reuters (https://www.reuters.com/business/energy/oil-rises-hovers-near-7-year-highs-supply-fears-political-risks-2022-01-31/)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast