KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing melalui detik cemas apabila terperangkap dalam lif di Wisma Peladang, Jalan Bukit Bintang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki warga Syria yang terperangkap selama 40 minit itu menjerit meminta tolong sebelum disedari orang awam.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian di Jalan Walter Grenier untuk mengalihkan pokok tumbang bergegas ke Jalan Bukit Bintang apabila orang ramai meminta bantuan untuk mengeluarkan mangsa terperangkap dalam lif.

Anggota APM Kuala Lumpur terlibat dalam usaha mengeluarkan seorang lelaki warga syria yang terperangkap dalam lif di Wisma Peladang, Jalan Bukit Bintang , KL petang semalam.Kredit Foto APM

APAM dengan kekuatan seorang pegawai dan tujuh anggota lain-lain pangkat yang tiba ke lokasi pada jam 5.35 petang mendapati Oada Aldubs, 26, terperangkap di tingkat 1.

Kredit Foto :APM.

Mangsa memanjat keluar daripada lif dengan menggunakan tali yang dihulurkan anggota APM daripada tingkat 4. -MalaysiaGazette