Abdul Hadi Awang. PAS PH Pakatan Harapan Perikatan Nasional cooperation PASLeak Pas Leak
Abdul Hadi Awang.

KEPUTUSAN pucuk kepimpinan tertinggi Pas jelas akan meneruskan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Keputusan yang sama dilakukan sebelum ini ketika PRN Melaka.

Melihat kepada keputusan ini, jelas akar umbi sudah tidak mampu bersuara.

Umum mengetahui semangat Muafakat Nasional (MN) amat tinggi di negeri-negeri pantai Barat (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor).

PN hanya menang dua kerusi ketika di PRN Melaka, jelas penolakan rakyat berlaku terhadap gabungan ini sama ada penggunaan logo atau pengundi keliru nak undi yang mana.

Kisah Melaka sudah tamat! tetapi, kisah ini mungkin akan ada episod seterusnya di Johor nanti.

Rata-rata akar umbi masih berharap Pas kembali bersama MN. Semangat setia kawan MN di Johor juga erat.

Pas mampu beroleh lebih banyak kerusi jika jalinan MN itu terus termeterai.

Masih punya masa kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan mengumumkan tarikh pada 9 Februari depan.

Pas juga sebelum ini sudah menyatakan akan ada lagi rundingan. Entah jadi atau tidak rundingan itu selepas minggu lalu.

Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abul Hadi Awang menyatakan PN akan bertanding di Johor.

Ada nada kecewa dalam kalangan ahli Pas kerana wujud ura-ura menyebut mana-mana kepimpinan tertinggi Pas yang menyokong MN akan digugurkan daripada jawatan.

Tidak dipastikan dakwaan itu, hanya Pas sendiri yang boleh mengesahkannya.

Ada juga yang mengaitkan beberapa nama besar dalam kepimpinan tertinggi Pas yang mahu kerjasama PN sedangkan lebih ramai mahu dan sayangkan MN.

MN dikatakan lebih fokus dengan agenda perjuangan politik berbeza dengan PN yang dilihat satu parti lebih dominan iaitu Bersatu.

Mungkin strategi baharu akan digunakan oleh perikatan ini selepas dua pemimpin Bersatu di Johor mengambil keputusan keluar parti kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Muhyiddin.

Dinamika politik di Malaysia semakin rancak dan semakin sukar untuk digambarkan.

Semakin banyak parti yang ada, adakah semakin meriah dan bersikap terbuka?

Atau dengan lambakan parti politik hari ini menyerlahkan lagi sikap pemimpin yang lebih pentingkan parti daripada rakyat? – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kenapa parti pembangkang tidak bertanding atas parti masing2 lepas dapat keputusan nanti kalau menang barulah cari gabungan dengan siapa dia mau kerjasama . Baru lah gentleman kalau berani . Jangan harap parti besar dan lama untuk menumpang mereka pun ada rasa tamak seperti UMNO tu. Kalau orang nak tumpang bagi sikit je kerusi supaya jangan ganggu dia jadi dominan nanti

Comments are closed.