Lata Mangeshkar. foto Getty Images

NEW DELHI – Lata Mangeshkar, salah seorang penyanyi paling dikagumi di India meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Dia telah dimasukkan ke hospital di bandar Mumbai pada bulan lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Menteri Persekutuan, Nitin Gadkari mengesahkan kematian penyanyi itu hari ini.

Kerjaya Mangeshkar sebagai penyanyi menjangkau lebih setengah abad sungguh luar biasa.

Beliau berkebolehan menyanyikan lebih daripada 30,000 lagu dalam 36 bahasa.

Tetapi kerjanya dalam Bollywood, industri filem Hindi India, yang menjadikannya ikon negara.

Mangeshkar dilahirkan di bandar Indore, di negeri tengah India Madhya Pradesh, pada 28 September 1929.

Dia mula belajar muzik pada usia lima tahun daripada bapanya, Deenanath Mangeshkar, yang aktif dalam teater.

Selepas kematian bapanya, keluarga Mangeshkar berpindah ke Mumbai (kemudian Bombay), dia mula menyanyi untuk filem Marathi.

Dia juga mengambil peranan kecil dalam beberapa filem untuk menyara keluarganya, tetapi kemudiannya tidak meneruskan kerjaya dalam lakonan kerana minatnya menyanyi.

Sepanjang beberapa dekad seterusnya, Mangeshkar menyanyikan beribu-ribu lagu yang ‘digayakan’ oleh heroin terbesar Bollywood merentas generasi.

Dia telah dicalonkan ke dewan Parlimen India pada 1999 tetapi tidak berminat untuk menerimanya.

Mangeshkar kemudian menerima penghormatan tertinggi India untuk orang awam, Bharat Ratna, pada tahun 2001.

Mangeshkar, yang tidak pernah berkahwin, namun menjalani kehidupan yang kaya hasil pendapatan seninya. – BBC (https://www.bbc.com/news/world-asia-india-60094193)