Home Sukan Bergaduh ala kungfu cemari perlawanan bola sepak

Bergaduh ala kungfu cemari perlawanan bola sepak

KUALA LUMPUR – Satu perlawanan bola sepak amatur di Gombak dicemari dengan aksi panas melibatkan kedua-dua pasukan sehingga ada aksi ala perkelahian kung fu.

Tendangan terbang yang dilakukan salah seorang daripadanya mereka mirip yang dilakukan oleh legenda Manchester United Eric Cantona.

Menurut laporan yang tular di media sosiual kejadian tersebut berlaku disebabkan tekanan berlebihan para penyokong ketika perlawanan.

Perlawanan yang diadakan pada pukul 8 malam tadi melibatkan Mutiara Gombak dan GBK FC itu telah mendapat campur tangan daripada penyokong hingga mencetuskan situasi huru-hara berlaku.

Malah terdapat pemain salah sebuah pasukan mengalami patah tangan akibat cedera akibat insiden yang berlaku.

Difahamkan, kedua-dua pasukan telah membuat laporan polis.

Malah, kedua-dua pasukan juga telah mula mencari jalan penyelesaian antara mereka dan siasatan dikatakan sudah hampir selesai.

Sementara itu, mangsa patah tangan tersebut turut telah mendapatkan rawatan yang sepatutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast