Gambar yang menunjukkan seorang penyokong menumbuk pemain Nottingham Firest semasa perlawanan Piala FA menentang Leicester, City Ground, malam tadi. Gambar: Twitter: B/R Football

LONDON -Polis menahan seorang penyokong kerana menyerang pemain Nottingham Forest ketika pemain itu dan pasukannya meraikan gol kemenangan pada perlawanan Piala FA menentang Leicester, semalam.

Penyokong terbabit tiba-tiba masuk ke padang dan menumbuk pemain Forest yang berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-32 perlawanan di City Ground.

“Seorang ‘penyokong’ berlari ke arah padang dan menyerang pemain Nottingham Forest semasa mereka meraikan jaringan menentang Leicester City hari ini,” demikian ciap di Twitter di B/R Football, hari ini.

Beberapa keping gambar mengenai insiden terbabit turut di muat naik di laman sosial berkenaan.

Menerusi gambar yang dikongsikan, penyokong terbabit dilihat bertindak agresif dan beberapa pemain Forest dan pengawal keselamatan cuba meleraikan keadaan.

Penyokong terbabit kemudiannya berjaya ditahan pihak polis untuk diambil tindakan. – MalaysiaGazette