Muhyiddin Yassin convicted UMNO leaders BN Perikatan Nasional PN
The Chairman of Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Tan Sri Muhyiddin Yassin and Senior Education Minister, Datuk Dr. Radzi Jidin at a news conference after the MASA Policy Development Programme (MPDP) Research Award Ceremony at the Kuala Lumpur Golf Club. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 07 FEBRUARY 2022. Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin bercakap pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Penyelidikan Program Pembangunan Dasar Masa (MPDP), di Kelab Golf Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 07 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu dijadikan medan untuk menolak pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang sudah didapati bersalah di mahkamah.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengundi juga perlu menentang pemimpin daripada parti itu yang merupakan kluster mahkamah.

Menurut beliau, PRN Johor waktu terbaik menunjukkan kebencian kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin itu di dalam parti mereka.

“Orang yang memimpin parti mereka itu sudah rosak dengan kemungkaran yang dilakukan. Ada dihadapkan ke mahkamah, dijatuhkan hukuman dan ini bukan boleh dipandang remeh.

“Dari sudut apa pun nilai, ini harus ditentang dan ditolak.

“Ini soal guna hak mengundi sahaja, untuk apa? Pastinya untuk kebaikan, kebajikan dan membina negara berdasarkan nilai akhlak budi pekerti, etika dan moral.

“Jadi kenapa kita kena kaitkan diri kita dengan kelompok itu. Datuk Seri Najib Razak sudah dijatuhkan hukuman bersalah dan fakta merayu soal lain.

“Datuk Seri (Ahmad) Zahid (Hamidi) kena jawab pertuduhan di mahkamah selepas mungkin terdapat kes babit beliau. Jadi ini dua pemimpin yang menerajui Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hormatnya dimaklumkan bahawa Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan Majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) di sini hari ini.

Beliau sebelum itu ditanya mengenai sokongan masyarakat Melayu yang boleh bertolak-ansur dengan pemimpin yang telah terlibat dengan jenayah seperti yang dibuktikan di PRN Melaka di mana BN menang besar.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA) menegaskan, pengundi di Johor perlu menolak UMNO serta memilih parti lain.

Jelas beliau, pengundi boleh memilih PN yang telah terbukti mampu mentadbir kerajaan dengan prestasi yang lebih baik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ada 2 benda yg nenunjukkan kau ni bebal…pertama, DS Najib bukan calon Adun kat Johor pun! Yg kedua, masa ko nak jadi PM, sokongan DS Najib dan DS Zahid yg kau tagih…masa tu tak de plak ko kata kluster mahkamah bagai? Mcm musibat punya manusia..dah lah kaki penipu…jd PM pun gagal sampai rakyat ramai yg maut…lagi ada hati nak jadi poster boy? bengong

  2. umlah harian kes baharu Covid-19 di negara mencecah 13,000 pada hari ini – kali pertama dalam tempoh kira-kira lima bulan.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes jangkitan melonjak kepada 13,944 berbanding 11,034 semalam.

    KEJAYAAN HEBAT UMNO SELEPAS 100 HARI…..COVID BOLEH SELESAI TUTUP MATA
    DUN KELANTAN majoriti tipis 23/22 PUN tidak TERGAMAK BUBAR DUN

Comments are closed.