Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jumlah harian kes baharu Covid-19 di negara mencecah 13,000 pada hari ini – kali pertama dalam tempoh kira-kira lima bulan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes jangkitan melonjak kepada 13,944 berbanding 11,034 semalam.

Lonjakan kes itu menjadikan jumlah kumulatif 2.94 juta (2,939,198) kes setakat ini.

Menurut beliau, daripada 13,944 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 73 kes (0.52 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala 13,871 kes (99.48 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Berikut adalah pecahan kes:

Kategori 1 : 3,942 kes (28.27%)
Kategori 2 : 9,929 kes (71.21%)
Kategori 3 : 54 kes (0.39%)
Kategori 4 : 11 kes (0.08%)
Kategori 5 : 8 kes (0.05%)

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast