Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 06 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Pertukaran warna putih daripada warna kuning dalam sijil vaksinasi digital MySejahtera turut melibatkan warga emas yang tidak menerima dos penggalak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, status itu akan bertukar mulai 1 Mac depan.

“Sama juga kepada semua penerima Sinovac tidak kira umur. Top up perlindungan anda untuk selamat daripada Omicron,” katanya di Twitter hari ini.

Semalam, Khairy menasihatkan agar warga emas berumur 60 tahun ke atas untuk mengambil suntikan penggalak sebelum 1 Mac ini.

Ini kerana mereka akan hilang status lengkap vaksinasi jika tidak berbuat demikian.

Khairy berkata pelaksanaan itu termasuk penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kira-kira satu juta atau 32 peratus warga emas dikenal pasti masih belum mengambil dos penggalak vaksin Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast