Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Golongan majikan diberi peringatan supaya menyediakan penyata saraan pekerja bagi tahun 2021.

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), ia merupakan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh majikan.

“Mengikut peruntukan subseksyen 83(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP1967), penyata saraan ini yang juga dikenali sebagai Penyata EA (bagi majikan sektor swasta) dan Penyata EC (bagi majikan sektor kerajaan) hendaklah diserahkan kepada pekerja pada atau sebelum 28 Februari setiap tahun.

“Ia bagi membolehkan pekerja mereka melengkapkan seterusnya mengemukakan Borang Nyata masing-masing kepada LHDN dalam tempoh yang telah ditetapkan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, majikan boleh merujuk nota panduan untuk mengisi penyata EA dan EC ini yang telah disediakan dalam portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau melalui
pautan nota penerangan E2021 1.pdf (hasil.gov.my).

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast