Woo Kin Soon

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan seorang individu bagi membantu perbicaraan kes di mahkamah.

Individu terbabit, Woo Kin Soon, 37, memiliki alamat terakhir di No. 989, Kampung Baru Bukit Merah, Lahat, Perak.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Nurul Liana Semsudin di talian 019-984 4316 atau 05-5267000 atau melalui e-mel [email protected]. – MalaysiaGazette