Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes baharu harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini terus mencanak naik dengan 22,802 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbaharu itu menjadikan angka kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini melepasi angka tiga juta kes.

Katanya, secara rasmi jumlah kumulatif itu mencatatkan 3,019,163 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.

“Daripada kes harian ini, sebanyak 104 kes atau 0.46 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala 22,698 kes (99.54 peratus) lagi adalah kategori 1 dan 2,” katanya dalam hantaran Facebooknya, hari ini.

Semalam, KKM melaporkan sejumlah 20,939 kes baharu, dengan jumlah keseluruhan jangkitan adalah 2,996,361 kes.

Menurut Dr. Noor Hisham, daripada jumlah kes baharu itu, kategori 1 melibatkan 5,029 kes, kategori 2 (17,669 kes) dan kategori 3 (82 kes).

“Kategori 4 pula sebanyak 14 kes dan kategori 5 sebanyak lapan kes,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast