abdul hadi awang urusan mahkamah
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas telah memutuskan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini atas kapasiti sebagai komponen Perikatan Nasional (PN).

Jelas Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut dengan Pas Johor.

“Anggaran kerusi sudah ada, kita akan dengar maklumat daripada Pas Johor dan Pas Pusat akan menilai, akan turun ke kawasan yang patut kita bertanding.

“Itu perlu dibincang dengan rakan-rakan kita. Bagaimanapun, jumlah kerusi perlu dibincang dengan rakan-rakan dalam PN,” ujarnya sebagaimana dilaporkan Harakahdaily di Masjid Rusila, Terengganu.

Berkaitan calon yang akan ditampilkan Pas, Ahli Parlimen Marang itu berkata, seorang yang adil, tidak fasik, berpengetahuan, di samping dapat menjalankan amanah sebagai pemimpin. – MalaysiaGazette