Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney mengesahkan seorang pemainnya disahkan positif Covid-19 selepas tiba di Phnom Penh, Kemboja bagi menyertai Kejuaraan B-23 AFF pada Khamis lalu.

Jelas beliau, sejurus tiba, pasukan menjalani ujian calitan seperti ditetapkan protokol dan seorang pemain kita disahkan positif Covid-19 menerusi ujian yang dijalankan pagi tadi.

“Pasukan perubatan sudah mengendalikan perkara ini dan kita akan terus mematuhi protokol yang ditetapkan.

“Pemain berkenaan juga telah  dibawa ke kemudahan perubatan untuk menjalani pengasingan dan dia akan kekal di sana,” ujarnya menerusi sidang media secara maya, semalam

Malaysia yang berada dalam Kumpulan B  akan membuka tirai berdepan Myanmar pada Selasa ini sebelum aksi kedua menentang Laos pada Jumaat depan.

Kumpulan A pula dibarisi tuan rumah Kemboja, Timor Leste, Filipina dan Brunei manakala Kumpulan C turut dibarisi tiga pasukan iaitu Thailand, Vietnam dan Singapura. – MalaysiaGazette