Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

BATU PAHAT – Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengharapkan 30 peratus calon muda mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum, Dewan Negeri Johor pada 12 Mac depan.

Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sasaran calon itu turut merangkumi calon wanita.

Senarai nama calon sudah dihantar kepada pucuk pimpinan parti dan akan diputuskan nanti.

“Kuota secara umum disasarkan 30 peratus merangkumi calon dari wanita, ada wanita muda yang mungkin kita tidak bawa namanya.

“Saya yakin PN akan tampilkan calon muda yang penting mereka bersih dari rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional di Batu Pahat, malam tadi.

Sementara itu ketika ditanya, adakah PN mampu menarik sokongan pengundi muda memandangkan parti itu mempunyai ramai pemimpin “lama”, Wan Ahmad Fayhsal yakin  PN juga mampu menarik golongan muda.

“Kombinasi antara anak muda dan pemimpin vateran yang ada semuanya berpengalaman  mampu memberi keyakinan kepada anak muda ini.

“Malah anak muda yang hadir pada malam ini menunjukkan anak muda bersatu dengan PN, ini menunjukkan kami memang mesra anak muda,” katanya.

Beliau berkata, manifesto PN juga akan mengambil kira golongan muda terutama membabitkan isu pekerjaan dalam kalangan mereka.

“Kita tahu anak muda ramai terkesan sebab Covid-19, sektor industri kecil sederhana juga terlibat kesan dengan Covid-19. Jadi perlu ada tawaran baru PN untuk anak muda Johor.

“Saya yakin semua kepimpinan akan meneliti cadangan daripada akar umbi, kita akan turun ke bawah setiap DUN mendengar keresahan anak muda yang berdepan pelbagai masalah.

“Insya Allah pemuda PN akan membantu mereka dalam PRN. Insya Allah kami yakin boleh tarik hati mereka kerana kita lihat mereka bukan sahaja di bandar yang di Felda di kampung ramai anak muda Melayu yang mungkin tiada dalam laman sosial.

“Mereka adalah pengundi jadi tidak perlu double standard, kenapa di media sosial sahaja yang kita angkat,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast