Tindakan seorang wakil rakyat DAP membawa gambar kotak tisu ke Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyindir penukaran gelaran Ketua Menteri Sarawak ke Premier dikesali.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wakil rakyat DAP membawa gambar kotak tisu ke Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyindir penukaran gelaran Ketua Menteri Sarawak ke Premier dikesali.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menganggap perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong itu sudah tiada isu lain.

“Kenapa pula wakil rakyat DAP seorang ini bawa jenama kertas tisu Premier ke DUN untuk sindir penukaran gelaran Ketua Menteri ke Premier bagi melambangkan kedudukan Sarawak sebagai rakan dalam Malaysia setelah Akta A1642 yang merupakan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mula berkuat kuasa minggu lepas.

“Sedangkan banyak lagi negara dan negeri pun guna gelaran Premier,” katanya dalam hantaran media sosialnya hari ini.

Menurut Najib, negara lain banyak menggunakan gelaran Premier seperti Australia dan China.

“Negara China pun ada Premier Li Keqiang. Apa yang lucu sangat, YB? Sila kongsi. Jangan gelak seorang diri,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

DUN Sarawak lulus tukar gelaran ketua menteri kepada ‘Premier’