Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pandemik Covid-19 terus meragut nyawa dengan 21 kes kematian baharu setakat tengah malam tadi.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, jumlah itu termasuk sembilan kes kematian di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan angka kematian akibat Covid-19 mencecah 32,180.

Sabah mencatatkan sembilan kes kematian diikuti Johor dan Perak masing-masing empat kes.

Kedah dua kematian serta Kelantan dan Negeri Sembilan masing-masing satu.

Malaysia juga menyaksikan pertambahan kes aktif kepada 202,884.

Daripada jumlah itu, sebanyak 6,907 atau 3.4 peratus kes dirawat di hospital dengan 204 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi.

Angka itu termasuk 116 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sehingga lewat malam tadi, negara mencatatkan 3,090,916 kes jangkitan Covid-19 termasuk 20,598 kes import. – MalaysiaGazette