Pas Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Masjid Sebagai Pusat Khidmat Nasihat atau Rundingcara Kekeluargaan dan Sosial di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 18 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Pas akan mengumumkan kerusi yang ditandingi di bawah Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor malam ini.

Pengumuman tersebut dijangka berlangsung di Kota Tinggi yang terletak di negeri selatan tanah air itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad bagaimanapun tidak memperincikan jumlah kerusi yang akan ditandingi partinya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.

“Malam ini (Pas) akan diumumkan di Kota Tinggi.

“Saya tidak tahu berapa kerusi sebab belum disahkan” katanya kepada media selepas merasmikan masjid sebagai pusat khidmat nasihat atsu rundingcara kekeluargaan dan sosial di Masjid Al-Muqarabbin Bandar Tasik Selatan, hari ini.

PN minggu lalu berkata parti itu akan meletakkan semua calon di kerusi DUN Johor.

Setiausaha Badan Perhubungan PN Negeri Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, kesemua kerusi itu melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Pas dan Gerakan sebagai anggota parti PN Johor.

Semalam, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata parti itu akan bertanding lebih dua kerusi DUN. – MalaysiaGazette