nasi kandar Ipoh helicopter Ebit Lew sexual harassment Abd Jalil Hassan CCID commercial crime online gambling syndicates Op Dadu Khas
Abd Jalil Hassan

KUALA LUMPUR – Penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp antara 11 pertuduhan dikenakan terhadap pendakwah bebas, Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, sebanyak 11 pertuduhan telah dibuat ke atas tertuduh atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Kesemua pertuduhan itu membabitkan iaitu membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

“Kesemua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom Sabah antara Bulan Mac 2021 hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini yang mengesahkan pendakwaan ke atas selebriti berkenaan.

Tambah Abd Jalil, jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Beliau turut meminta kerjasama semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan prosiding perbicaraan berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, Abd Jalil juga mengesahkan beliau kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Tenom untuk memantau dan menyelia kes pertuduhan Ebit secara dekat.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ebit Lew didakwa di Mahkamah Tenom

1 Komen

Comments are closed.