KUALA LUMPUR – ”Berapa jumlah cawangan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) di Pagoh?
”Berapa Cawangan UMNO tutup dan jadi cawangan PPBM?,” soal Datuk Mohd Puad Zakarshi kepada UMNO.
Soalan bertalu-talu itu dituju oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Presiden PPBM itu berkata: “Johor kubu kuat UMNO? Poda”.
Mohd Puad berkata, poda bermaksud ‘pergi jahanam, pergi masuk neraka, ada aku kisah’ dan berbagai lagi makna negatif.
”Kita tunggu 12 Mac nanti. Rakyat akan buat keputusan. Tapi ia sudah bermula di PRK Tanjung Piai. PPBM bungkus teruk sampai wujud langkah Sheraton,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Apapun, kata beliau, pokoknya Muhyiddin sudah ‘dipodakan’ oleh rakyat apabila menjadi perdana menteri cuma 17 bulan.
Bahkan satu demi satu negeri PPBM tumbang dan PPBM hanya tunggu masa dipodakan di Sabah. – MalaysiaGazette