Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoalkan kesetiaan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz susulan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan akan membocorkan kedudukan kewangan negara.

Bekas perdana menteri itu berkata, adakah Tengku Zafrul melaporkan tugasnya kepada Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Muhyiddin.

“Kenapa pula Menteri Kewangan PM9 mahu ikut arahan PM8 untuk diberi laporan Kementerian Kewangan bagi dia ‘bocorkan’?” tanya Najib yang mengulas komen Ketua Pemuda UMNO berhubung perkara itu.

Ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Perikatan Nasional Johor, Muhyiddin yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebooknya, beliauberkata: “Saya semalam minta satu laporan untuk sampaikan pada saya oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul (Abdul) Aziz. Nanti, satu ketika saya akan bocorkan bagaimana kedudukan kewangan negara kita,”.

Susulan kenyataan yang dikeluarkan itu, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki dalam komennya berkata, nampaknya Menteri Kewangan Tengku Zafrul lebih setia pada bekas PM yang melantiknya.

”Patutlah……..,” ujarnya pendek tanpa mengulas lanjut. – MalaysiaGazette