Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek negeri, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, beliau, yang mengetuai pasukan peguam itu, berjaya menemukan dokumen-dokumen yang boleh dijadikan bahan bukti mengenai hak Sarawak.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali

KUCHING – Sarawak akan tetap menuntut diberi satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen tanpa mengira sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat atau tidak.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali berkata, ini kerana perkara tersebut adalah antara hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sama ada (dapat dipenuhi tuntutan) sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya itu saya tak tahu, tapi kita memang sentiasa bawa perkara ini ke atas, ke peringkat yang tertinggi dan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Let’s Talk With Wanita Pemadam’ sempena Sambutan Hari Antidadah Pemadam Sarawak di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya di sini hari ini.

Sharifah Hasidah malahan mengalukan sekiranya tuntutan Sarawak terbabit boleh dipenuhi kerajaan Persekutuan sebelum ketibaan PRU15.

“Kalau tidak (dipenuhi tuntutan terbabit sebelum PRU15) kita akan teruskan juga sampai bila-bila perjuangan kita ini,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast