Perdana Menteri Jordan, Bisher Khasawneh

AMMAN – Perdana Menteri Jordan, Bisher Khasawneh disahkan positif COVID-19, menurut Menteri Hal Ehwal Media dan jurucakap kerajaan Faisal Shboul pada Isnin.

Beliau berkata perdana menteri disahkan positif pada awal Isnin ketika dalam rangka lawatan rasmi ke Mesir tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala, lapor Xinhua memetik agensi berita Petra.

Berikutan itu, mesyuarat rasmi Khasawneh telah ditunda pada tarikh lain, termasuk pertemuan dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi.

Perdana menteri akan menjalani kuarantin kendiri sekembalinya ke Jordan mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan.

Pada Isnin, Jordan melaporkan 11,254 kes baharu serta 31 kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif mencecah 1,582,161, dan kematian 13,713 akibat wabak itu, menurut Kementerian Kesihatan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast