KWSP EPF withdrawal Employees Provident Fund
Application for the special one-off EPF withdrawal could be made from 1 April onwards and the payment will be made from 20 April in a single transaction. Pengeluaran khas KWSP boleh dibuat mulai 1 April 2022.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama GoGet Malaysia (GoGet),
sebuah platform kerja atas permintaan, untuk melindungi kewangan dan menyediakan komuniti pekerja gig, yang dirujuk sebagai ‘GoGetters’, untuk alam persaraan.

GoGet akan menjadi yang pertama di Malaysia untuk memasukkan ciri caruman KWSP dalam platform GoGet yang bersepadu dan boleh disesuaikan.

Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan GoGetters menyumbang kepada simpanan persaraan mereka melalui program caruman sukarela KWSP seperti i-Saraan dan caruman sendiri.

KWSP berkata, i-Saraan ialah program caruman sukarela yang membolehkan individu di bawah umur 55 tahun dalam ekonomi gig dan yang bekerja sendiri untuk menabung untuk persaraan mereka melalui caruman KWSP.

Di bawah i-Saraan, ahli akan menerima insentif kerajaan sehingga 15 peratus daripada sumbangan tahunan individu, tertakluk kepada had RM250
setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerjasama dengan GoGet adalah sebahagian daripada agenda KWSP untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial dan liputan kepada mereka yang berada di sektor tidak formal dan pekerja gig.

Sesungguhnya, GoGetters memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi, dan sekiranya mereka dibiarkan tanpa jaringan keselamatan sosial untuk persaraan, ianya akan memberikan kesan buruk kepada sosio-ekonomi dalam masa terdekat.

Ciri bersepadu dan boleh disesuaikan yang disediakan oleh GoGet untuk caruman KWSP bertujuan menjadikan simpanan lebih lancar dan mudah bagi pekerja gig yang mempunyai akaun KWSP untuk menyimpan melalui platform GoGet.

Pekerja gig yang mempunyai akaun KWSP sedia ada hanya perlu memberi kebenaran untuk mengikuti program ini dan menetapkan kadar caruman mereka.
Selain itu, bonus yang GoGetters terima daripada GoGet juga akan menjadi sebahagian daripada pendapatan yang dicarumkan kepada KWSP.

Ciri ini sangat fleksibel kerana GoGetters dapat melaraskan kadar sumbangan mereka atau menarik diri daripada program pada bila-bila masa.

GoGetters yang bekerja secara sambilan dengan majikan formal; atau mereka yang berumur 55 tahun ke atas, juga digalakkan untuk menyumbang melalui program caruman sendiri, yang terbuka kepada semua individu yang boleh menyumbang pada bila-bila masa sehingga maksimum RM60,000 setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif GoGet Francesca Chia berkata, dengan mula menyimpan awal dan konsisten walaupun dengan jumlah yang kecil, GoGetters akan mendapat manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen.

Sebagai contoh, individu yang menyimpan RM50 sebulan selama 30 tahun akan dapat mengumpul simpanan sebanyak RM47,000 selepas 30 tahun, atau lebih daripada dua kali ganda jumlah caruman mereka sebanyak RM18,000, hasil daripada ku asa pengkompaunan dividen.

Jika GoGetters berjimatRM140 sebulan, mereka akan dapat memaksimumkan insentif i-Saraan dan mengumpul RM131,000 di sebalik RM50,400 jumlah caruman dalam 30 tahun.

Selain daripada menggalakkan GoGetters mencarum kepada simpanan KWSP mereka, MoU ini juga bertujuan untuk meningkatkan celik kewangan mereka melalui webinar, interaksi bersemuka, dan sesi penglibatan pendidikan lain untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang betul dalam membuat pilihan kewangan termaklum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast