zulkifli bujang
ZULKIFLI BUJANG

PONTIAN – Bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

Nama Zulkifli Bujang, 44, diumumkan Pengerusi, PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Zulkifli merupakan bekas pembaca berita dan wartawan di beberapa stesen televisyen tempatan termasuk RTM dan Bernama TV.

Dalam parti, beliau merupakan Pengerusi Biro Kebajikan Perikatan Nasional Johor dan Pengerusi Lembaga Penasihat Yayasan Era Suria.

Zulkifli mempunyai Sarjana Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia dan fellowship dari Institut of International Education, Washington, Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette