Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan jangkitan Covid-19 tertinggi sejak 25 Januari 2020 dengan 31,199 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 3,305,157 kes.

Berikut adalah pecahan kes:

Pecahan kategori kes:
Kategori 1: 10,171 kes (32.60%);
Kategori 2: 20,834 kes (66.78%);
Kategori 3: 102 kes (0.32%);
Kategori 4: 46 kes (0.15%); dan
Kategori 5: 46 kes (0.15%).

Daripada 194 kes Covid19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 23 Februari 2022:
92 kes (47.42%) berumur 60 tahun dan ke atas;
91 kes (46.91%) mempunyai komorbid; dan
3 kes (1.55%) ibu mengandung.
45 kes (23.20%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
108 kes (55.67%) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak;
41 kes (21.13%) telah menerima dos penggalak (booster).

Oleh itu, 153 kes (78.87%) kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 23 Februari 2022 adalah tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi atau telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, sebanyak 55 kematian baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah sebanyak 32,488.

Jumlah kematian itu juga adalah tertinggi sejak 21 Disember 2020 dengan 57 kematian semalam.

Selangor merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 10 kes diikuti Sabah (9), Johor (8), Perak (7) serta Pahang, Kedah dan Melaka masing-masing empat kematian.

Manakala Pulau Pinang dan Kuala Lumpur tiga kes serta Kelantan, Perlis dan Negeri Sembilan masing-masing satu kes.

Tambah beliau, sebanyak 506 kluster aktif dilaporkan termasuk 14 kluster baharu.

Dr Noor Hisham berkata, lima negeri iaitu Kelantan (83%), Kuala Lumpur (65%), Johor (65%), Melaka (58%), dan Perlis (55%) menunjukkan peratusan pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) hospital melebihi 50 peratus.

Manakala penggunaan katil bulkan ICU juga melebihi 50 peratus di Kelantan (101%), Selangor (97%), Perak (90%), WP Kuala Lumpur (87%), Perlis (81%), WP Putrajaya (77%), Johor (75%), Pahang (71%), Sabah (71%), Pulau Pinang (52%), Terengganu (52%) dan Sarawak (52%).

Pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 191 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36% daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19. – MalaysiaGazette