Honda Civic generasi ke-11

KUALA LUMPUR – Tinggal empat bulan lagi untuk rakyat Malaysia membeli kereta keluaran tempatan atau import dan menikmati insentif cukai yang akan berakhir pada 30 Jun 2022, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Di bawah Bajet 2022, kerajaan telah melanjutkan tempoh pengecualian insentif cukai jualan kereta (SST) sehingga 30 Jun 2022.

Ini bagi menggalakkan pemilikan kereta, merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan dan memacu momentum perkembangan sektor automotif.

Di bawah Bajet 2022, pengecualian cukai jualan kereta kekal seperti mana sebelum ini iaitu pengecualian cukai jualan 100 peratus ke atas kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD).

Manakala, pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus dikenakan ke atas kenderaan penumpang pemasangan luar negara (CBU) termasuk MPV dan SUV merangkumi CBU import baharu dan CBU import terpakai. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast