Enam Calon Gerakan menandatangani Akuan Bersumpah, hari ini.

JOHOR BAHRU – Parti Gerakan membuktikan komitmen serta kesetiaannya kepada parti apabila kesemua lapan calon Yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menandatangani akuan bersumpah (SD) pada hari ini.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lou Hoe Chai berkata, langkah itu bagi meyakinkan kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) bahawa tidak ada calon mereka belot setelah berjaya mendapat mandat rakyat.

Katanya, kerusi Ayang ditandingi Gerakan ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya, Stulang, Pekan Nanas, Bukit Batu, Bentayan, Yong Peng,

“Pendirian kita jelas bahawa kita tak mahu bakal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen kita akan lompat parti.

“Walaupun kita yakin sepenuhnya tidak akan ada dalam kalangan mereka yang lompat parti, tetapi ini adalah prosedur yang perlu dilalui untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku di masa hadapan,” katanya selepas majlis menandatangani SD di Ibu Pejabat Gerakan di sini hari ini.

Dalam majlis yang sama, Hoe Chai turut menyampaikan watikah pelantikan calon kepada kesemua calon parti Gerakan.

Calon itu terdiri daripada Tan Kok Hong (Bentayan), Yong Fui Ling (Yong Peng), Loh Kah Yong (Puteri Wangsa) dan Datuk Dr. Ker Ching Sheng (Johor Jaya).

Turut menandatangani SD itu ialah Yap Chiang Youis (Stulang), Koo Shiaw Lee (Perling), Tan Heng Choon (Bukit Batu) dan Datuk Tan Chin Hock (Pekan Nanas).

Melalui SD itu, kesemua calon berjanji akan kekal setia dan tidak akan mengkhianati kepada Gerakan sekiranya terpilih sebagai ADUN kerajaan Negeri Johor.

“Sekiranya calon memilih untuk menyertai parti politik yang lain mereka akan dipecat atau diberhentikan sebagai ahli parti Gerakan, maka jawatan sebagai ADUN akan diisytihar kosong seperti telah meletak jawatan sebagai ADUN secara sukarela.

“Calon turut menandatangani surat peletakan jawatan yang akan dikemukakan kepada Speaker DUN Johor dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar jika pecah ikrar kesetiaan ini,” katanya.

Kesemua calon membuat pengakuan ini dengan rela hati dan dengan fikiran yang waras dan segala terkandung dalam SD adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.- MalaysiaGazette