Rohana Rozhan Tim Leissner 1MDB scandal US$10 million home
Rohana Rozhan. foto CNN

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan mengesahkan telah berjumpa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh peguamnya di Tetuan Valen, Oh & Partners, Rohana berkata beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada agensi antirasuah itu dalam siasatannya.

“Saya merujuk kepada dakwaan yang muncul dalam media mengenai saya.

”Saya telah menghadiri pejabat SPRM dan memberi mereka kerjasama penuh dalam siasatan mereka,” katanya seperti yang dilaporkan Theedgemarkets.

Difahamkan Rohana telah ke SPRM semalam.

Pada Selasa lalu, bekas pengarah Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mengakui telah menggunakan wang yang diterima daripada 1MDB untuk membeli rumah AS$10 juta (RM41.8 juta) di London untuk kekasihnya ketika itu, Datuk Rohana Rozhan.

Rohana semasa itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd., lapor Bloomberg.

Leissner berkata demikian ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan 1MDB membabitkan bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

Leissner beli rumah AS$10 juta untuk kekasih di Malaysia guna wang 1MDB