Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing dan pelabur runcit tempatan adalah pembeli bersih untuk minggu berakhir pada 25 Februari, yang menyaksikan aliran masuk bersih berjumlah RM867.7 juta.

Aliran masuk bersih daripada pelabur asing berjumlah RM675.7 juta.

Setakat ini pada 2022, pelabur asing adalah pembeli bersih di bursa untuk enam daripada lapan minggu.

MIDF Research berkata, pelabur asing terus menjadi pembeli bersih pada setiap hari dalam seminggu sejak 11 Februari lalu.

Aliran masuk asing terbesar telah direkodkan pada Jumaat sebanyak RM266.0 juta dan aliran masuk terkecil pada hari Isnin hanya RM41.83m.

Minggu lepas, institusi tempatan adalah penjual aktif dengan aliran keluar bersih terbesar adalah pada hari Selasa dan terkecil pada Khamis, masing-masing berjumlah -RM255.2 juta dan -RM54.9 juta.

Manakala pelabur runcit adalah penjual bersih pada setiap hari dalam seminggu kecuali pada hari Isnin (RM129 juta) dan Selasa (RM126.3 juta.

Jualan bersih terbesar dicatatkan pada hari Jumaat pada -RM35.3 juta manakala jualan bersih terkecil pada hari Rabu pada -RM3.53 juta.

Secara keseluruhan, untuk minggu kelapan 2022, pelabur asing mencatatkan sebagai pembeli bersih pada RM675.7 juta diikuti oleh pelabur runcit sebagai pembeli bersih kedua kukuh pada RM192.0 juta.

Pelabur institusi pula adalah satu-satunya penjual bersih sebanyak -RM867.7 juta.

Firma penyelidikan itu menambah, dari segi penyertaan, pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing mencatat pergerakan mingguan masing-masing sebanyak +20.21%, -0.43% dan +18.20% dalam purata nilai dagangan harian (ADTV).

Daripada sektor yang menyaksikan aliran masuk bersih terbesar oleh pelabur asing adalah kewangan, perladangan dan produk dan perkhidmatan perindustrian.
Jumlah ini masing-masing sebanyak RM374.3 juta, RM247.6 juta dan RM119.2 juta.

Setakat ini, pelabur asing membawa masuk sebanyak RM2.7 bilion dan RM0.6 bilion daripada pelabur runcit.

Manakala, pelabur institusi tempatan pula menjadi penjual bersih sebanyak -RM2.8 bilion. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast