Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 78 kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan semalam.

Jumlah itu termasuk 34 kes kematian di luar hospital.

Pertambahan ini menjadikan kes kumulatif kematian menjadi 32, 827.

Johor merekodkan angka kematian tertinggi iaitu 21 kes, diikuti Kedah (15), Selangor (13), Perak (9), Sabah (6) dan Pulau Pinang (5).

Manakala Melaka, Kelantan dan Terengganu masing-masing dua kes.

Masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang.

Menurut data COVIDNOW, jumlah kes jangkitan baharu semalam sebanyak 25,406.

Jumlah kemasukan hospital sebanyak 7,542 dengan 374 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 213 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes aktif setakat lewat malam tadi sebanyak 293,651.

Malaysia merekodkan 3,445,544 kes jangkitan Covid-19 termasuk 23,046 kes import. – MalaysiaGazette