Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan berikutan kes harian di Malaysia semakin meningkat dengan gelombang varian Omicron ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUS – Sejumlah 115 kes kematian harian akibat Covid-19 dilaporkan semalam.

Daripada jumlah kematian itu, sebanyak 36 kes berlaku di luar hospital.

Angka terbaharu itu menjadikan angka terkumpul kematian sebanyak 32,942.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, kematian tertinggi direkodkan di Johor dengan 25 kes, diikuti Sabah (24), Selangor (18), Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing lapan kes.

Manakala Perak (tujuh), Pahang dan Kuala Lumpur masing-masing enam kes, Kelantan (4), Pulau Pinang (3), Melaka dan Perlis masing-masing dua serta Sarawak dan Terengganu masing-masing satu kes.

Setakat lewat malam tadi, Malaysia melaporkan 321,036 kes aktif.

Daripada jumlah itu, sebanyak 360 menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital termasuk 194 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 321,036 kes aktif dilaporkan, termasuk 360 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 194 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut data dari laman sesawang COVIDNOW, sebanyak  27,557 kes sembuh dilaporkan semalam.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 negara kini mencecah angka 3,496,090. – MalaysiaGazette