petugas kesihatan
Seorang petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Angka kematian akibat Covid-19 di negara ini terus meningkat dengan 86 kes semalam.

Daripada jumlah itu sebanyak 28 kes mati berlaku di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian terus meningkat kepada 33,028.

Seperti semalam, Johor masih merekodkan kes kematian tertinggi dengan 20 kes, diikuti Perak (11) dan masing-masing tujuh di Melaka dan Sabah.

Pahang dan Kuala Lumpur masing-masing enam, Kelantan (5), Pulau Pinang dan Selangor masing-masing empat kes, Putrajaya (3), Perlis (2) serta Sarawak dan Terengganu masing-masing satu.

Kementerian Kesihatan berkata, setakat tengah malam tadi, jumlah kes aktif sebanyak 298,231 dengan 27,629 kes sembuh.

Jumlah kes yang dirawat di hospital pula sebanyak 8,322 termasuk 147 ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 208 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah pesakit yang dikuarantin di rumah pula sebanyak 286,097 dan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 sebanyak 3,457.

Kes kumulatif Covid-19 di negara ini kini mencecah 3,504,670. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast