Covid-19 death funeral cases
Healthcare workers handling the funeral of a Covid-19 patient at the Section 21 Muslim Cemetery in Shah Alam, Selangor. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 17 FEBRUARY 2022. Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan berikutan kes harian di Malaysia semakin meningkat dengan gelombang varian Omicron ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia bertambah sebanyak 78 lagi semalam.

Daripada jumlah itu sebanyak 22 kes kematian berlaku di luar hospital, kata Kementerian Kesihatan.

Peningkatan itu menjadikan angka terkumpul kes kematian bertambah kepada 33,106.

Sabah merekodkan kes kematian tertinggi sebanyak15 kes, diikuti Kedah (12), Johor (11) dan Selangor (10).

Pulau Pinang (8), Perak (6), Pahang (4), Terengganu (3); Negeri Sembilan, Sarawak dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes.

Manakala Kelantan, Melaka dan Perlis pula masing-masing satu kes.

Jumlah kes aktif juga bertambah sebanyak 6,779 kepada 305,010 sehingga tengah malam tadi.

Daripada jumlah itu sebanyak 8,524 kes dirawat di hospital dengan 348 dirawat di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, 211 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM berkata, setakat ini seramai 292,696 kes dikuarantin di rumah dan 3,442 ditempatkan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 3,537,438 dengan 33,209 kes baharu semalam.

Kes baharu itu merangkumi jangkitan tempatan sebanyak 32,768  dan 441 kes import. – MalaysiaGazette