Sebahagian pesakit Covid-19 yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MAEPS, Serdang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 67 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk 23 kes berlaku di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian terus meningkat kepada 33,173.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi sebanyak 14 kes, diikuti Kedah (12), Johor (10), Perak (lapan) dan Sabah (tujuh).

Manakala Melaka dan Perlis masing-masing empat, Kelantan dan Pahang pula tiga kes dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Setakat tengah malam tadi sebanyak 8,715 kes dirujuk di hospital.

Daripada jumlah itu 145 ditempatkan di unit rawatan rapi dan 226 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah yang dikuarantin di rumah adalah 298,532 dan Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 sebanyak 3,588.

Kes aktif di negara kini berjumlah 311,206.

Sehingga lewat malam tadi, Malaysia merekodkan 3,570,502 kes jangkitan Covid-19 dengan 33,064 kes baharu semalam. – MalaysiaGazette