Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi ucapan pada Program Santai Bersama Orang Muo sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Warung Bond, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 MAC 2022.

MUAR – Langkah Perikatan Nasional (PN) melambat-lambatkan pengumuman calon menteri besarnya disifatkan sebagai salah satu strategi gabungan itu, kata Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jelas Azmin, tidak timbul soal serius atau tidak untuk PN menamakan calonnya kerana fokus gabungan itu adalah untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Ini bukan serius atau tidak, ini soal strategi yang sedang diteliti dan diperbincangkan di peringkat tertinggi parti.

“Saya kira kita serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan kerana suasana keadaan di sebuah negeri itu berbeza dengan negeri lain,” katanya ketika ditemui sempena siri kempen bersama calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Cikgu Abd Aziz Talib di sini hari ini.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercakap kepada media selepas Program Santai Bersama Orang Muo sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Warung Bond, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 MAC 2022.
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercakap kepada media selepas Program Santai Bersama Orang Muo sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Warung Bond, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 MAC 2022.

Gabungan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga hari ini masih berteka-teki mengenai calon mutlak menteri besar mereka biarpun telah mengadakan mestuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada Jumaat.

Ia selepas Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata gabungan itu akan memuktamadkan calon menteri besar jika gabungan parti itu berjaya mendapat mandat membentuk kerajaan di Johor pada 12 Mac ini.

Malah Hamzah turut berkata calon itu perlu melepasi kriteria tertentu khususnya dalam aspek integriti dan kebolehan pengurusan. – MalaysiaGazette