Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan trend penurunan dengan 1,337 orang daripada 382 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini berbanding 1,437 orang daripada 414 keluarga pagi tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat 1 tengah hari, kesemua mereka berada di tiga PPS di daerah Pasir Mas.

Kesemua mangsa terdiri daripada 463 lelaki, 458 wanita, 198 kanak-kanak lelaki, 211 kanak-kanak perempuan serta tujuh bayi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawangnya pula melaporkan semua sungai utama di negeri itu kini berada pada paras biasa. – Bernama