MGNews : Bekas Pengerusi LFSA Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan

Bekas Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) Datuk Azizan Abd Rahman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima rasuah.

Dalam pertuduhan yang dibaca, beliau didakwa menerima suapan dan kemudian menggunakan kedudukannya bagi melindungi Syarikat Kensington Trust Labuan daripada dikenakan tindakan oleh lembaga berkenaan.