Abang Johari Abang Openg. foto FAREEZ FADZIL, 01 MAC 2020

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg disahkan positif COVID-19 dan mengalami gejala ringan sejak semalam.

Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan Abang Johari sedang menjalani kuarantin di rumah selama lima hari dan beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menunjukkan keprihatinan terhadap kesihatan dan keselamatan beliau.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, Abang Johari dijadualkan untuk merasmikan sambutan Hari Wanita di Miri bagaimanapun beliau dimaklumkan pada 9 malam tadi bahawa Abang Johari tidak dapat hadir kerana keadaan kesihatannya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Premier pada acara itu hari ini. – Bernama