Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan enam daerah di Selangor dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 10 pagi ini.

Menerusi Twitter MetMalaysia itu, memaklumkan enam daerah berkenaan ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Selain itu, ribut petir dan hujan lebat juga dijangka berlaku di hampir semua kawasan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut MetMalaysia. – MalaysiaGazette