KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu melaksanakan satu pelayaran ihsan membawa seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dari Pulau Redang bagi mendapatkan rawatan segera di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan, Pahang pada 7 malam meminta khidmat bantuan pemindahan perubatan (medevac).

“Bayi tersebut, Muhammad Zaim Aiman dilaporkan mengalami simptom najis berdarah dan perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Maritim Negeri Terengganu segera menggerakkan Kapal Maritim (KM) NUSA yang beroperasi di kawasan sekitar untuk memastikan pesakit menerima rawatan segera.

“Operasi pemindahan perubatan selesai sebaik kapal tiba di Jeti Maritim Negeri Terengganu pada pukul 3 pagi dan bayi serta ibu bapanya terus dikejarkan ke HSNZ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang awam agar segera melaporkan sebarang kecemasan di laut ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu melalui talian 09-622 3657. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast