Calon Barisan Nasional (BN) N.17 Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid bergambar selepas meluangkan masa bermain bola sepak bersama anak muda tempatan sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Padang Bola Sepak Taman Industi Seri Sulung, Batu Pahat, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 03 MAC 2022.

PAGOH – Calon Barisan Nasional bagi DUN Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid kini mendahului kiraan undi dalam pertembungan lima penjuru sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini.

Mohd Fared memperoleh 5,947 undi berbanding calon Perikatan Nasional yang setakat ini meraih 3,690 undi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 3,248 undi, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) 179 undi dan Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra) 130 undi.

BN mendahului dengan majoriti 2,257 undi menerusi 50 saluran daripada 94 saluran.

Mohd Fareed ditentang Datuk Ariss Samsudin (PN); Mohd Khuzzan Abu Bakar (PKR); Mahdzir Ibrahim (Pejuang) dan Prof Madya Dr Kamarolzaman Mohd Jidi (Putra).

Kerusi DUN Semerah dianggap sebagai salah satu daripada kerusi panas pada PRN Johor.

Khuzzan memenangi kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU14) yang lalu dengan majoriti hanya 98 undi. – MalaysiaGazette