Noor Hisham Abdullah Sarawak state election Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitkan positif Covid-19 sehingga jam 11.59 malam semalam menunjukkan peningkatan tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu yang direkodkan semalam ialah 32,800 kes berbanding 30,787 pada 10 Mac dan 30,246 kes pada 9 Mac lalu.

Katanya, jumlah itu menjadikan kes kumulatif jangkitan Covid-19 sehingga kini sebanyak 3,774,786 kes.

“Daripada jumlah itu, 541 adalah kes import yang melibatkan 503 warganegara dan 38 bukan warganegara.

“Bagi kes sembuh pula sebanyak 24,444 kes direkodkan dengan 3,418,443 kes kumulatif atau 90.6 peratus.

“Kes tempatan pula sebanyak 32,259 kes dengan 31,232 warganegara dan 1,027 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 380 kes dengan 165 kes disahkan Covid-19 dan 215 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 231 kes iaitu 102 kes disahkan Covid-19 dan 129 kes lagi disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan, ujarnya.

Bagi perincian kategori kes Covid-19 semalam, kategori 1 sebanyak 12,726 kes, kategori 2 (19,891 kes), kategori 3 (70 kes), kategori 4 (78 kes) dan kategori 5 (35 kes).

Kata beliau, daripada 183 kes Covid-19, kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan semalam adalah 35 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 80 kes telah menerima dua dos vaksin, tetapi belum menerima dos penggalak. – MalaysiaGazette