logo polis
Gambar hiasan

MUAR – Polis Daerah Muar mengesahkan berlaku satu kematian kepada seorang pengundi di salah satu pusat mengundi di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip berkata, siasatan awal mendapati mangsa didapati tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

“Siasatan dijalankan setakat ini tiada melibatkan sebarang unsur jenayah dan simati telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis sedan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kematian,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Menurut Zaharudin, mangsa adalah seorang lelaki berusia 78 tahun.

Lagi menyusul…