Alwiyah Talib

MERSING – Strategi UMNO yang meletakkan Ketua Bahagian Mersing untuk merampas ‘kubu kuat UMNO’ Dewan Undangan Negeri Endau ternyata tidak berhasil apabila calonnya Mohamad Youzaimi Yusof gagal membantu Barisan Nasional mengembalikan kerusi itu.

Calon Perikatan Nasional Alwiyah Talib ternyata selesa memperoleh undi berjumlah 8,433 dengan majoriti 3,041 undi bagi mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU14 lalu untuk penggal kedua.

Manakala Youzaimi sekadar memperolehi 5,392 undi.

Strategi sentimen lompat parti yang dimainkan terhadap Alwiyah tidak dapat mengubah pendirian pengundi tempatan ke atas wanita ini.

Selain itu, Alwiyah turut memintas calon lain yang turut bertanding bagi merebut kerusi tersebut terdiri daripada Mohamad Fakrulradzi Mahmud (PH -1,154 undi), Mohd Norhiysam Ibrahim (Pejuang -145 undi), dan calon bebas, Ismail Don, sebanyak 77 undi.

Kejayaan Alwiyah mempertahankan kerusi DUN Endau untuk kali kedua malam ini, sekali gus menjawab teka-teki politik yang menghantui kawasan itu selama ini penuh dengan kontroversi dan percaturan politik.

Keputusan PRN di Endau ini membuktikan ramalan penganalisis Felo Ilham Centre Profesor Madya Dr. Hamidin Abd Hamid yang mengingatkan bahawa pemilihan calon yang bukan kegemaran pengundi menentang calon personaliti (Alwiyah) ternyata tidak membuah hasil.

Beliau juga menyifatkan kedudukan Youzaimi untuk bertanding di kerusi DUN Endau Hanya berasaskan kekuatan parti berbanding diri beliau sendiri untuk menakluki semula kawasan itu.

Situasi berbeza yang dilihat terhadap Alwiyah yang dikekalkan sebagai calon oleh Bersatu walaupun menyertai dari Barisan Nasional apabila prestasi cemerlang di kawasan tersebut meskipun tidak lagi bersama BN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast